Khamis, 2009 November 05

akhir cerita.

tiap langkah-langkah
yang mengusung ku
tak tahu mana destinasi ku
tak tahu mana tuju ku

tiap langkah teratur rapi
dengan menyusur detik-detik itu
aku terus terdiam,terkaku,terbisu
mungkin aku akan bertemu dengannya
tiap ruang,tiap bentuk,tiap jisim,
tiap udara,tiap rasa...

tak ada yang beza
semuanya pasti merasa,
merasa ketakutan dengan berani..
menghampiri penghabisan yang kekal
abadi...abadi untuk selamanya.

Rabu, 2009 Oktober 14

peluang.


aku punya satu peluang.ya mungkin saat itu terus berlalu,berlalu laju dan laju..dan mungkin kadang-kadang aku tak mampu mengejar.tapi percaya-lah,aku cuma mahuk-kan satu peluang,tapi mungkin banyak lagi peluang aku perlu-kan,tapi tak mengapa-lah untuk saat ini,ketika ini,aku dapat satu peluang pun sudah memadai,untuk melega-kan hati aku ketika itu.
mungkin aku perlu usaha lebih untuk capai keserasian..
dalam perjalanan aku kesana nanti,akan aku lebih berhati-hati,dari segala hal,dari buat keputusan sebetul-nya.tidak perlu menyesal.
mungkin kekeliruan selalu membayang-bayang hati ini,tidak mahu fikir penuh,kerna tahu akibat-nya,lebih baik aku berdiam diri,diam untuk suatu yang suci..dan mungkin suci bagi aku,mungkin tidak bagi semua.
cuma apa yang aku harap,hanya-lah peluang dan bukan-nya perangkap samar yang masih samar-samar...

hanya peluang untuk aku.

Selasa, 2009 September 29

balance?

"aku percaya bahawa kehidupan harus menjaga keseimbangan.
tiada kenikmatan tanpa kesakitan,tiada kebaikan tanpa kejahatan.."

Ahad, 2009 September 13

Special.

Ya,mungkin kali ini entri aku agak berbaur-baur jiwa dan nampak mengada-ngada sikit,tapi salah ke aku merasa dan menikmati perasaan yang orang lain ada merasa juga?salah ke aku ingin menghargai apa dia telah beri-kan pada aku?

Mungkin kekadang apa yang berjiwa itu agak mengeli-kan bagi sesetengah orang.
Ya mungkin tidak bagi yang betul-betul mengamati erti jiwa itu sendiri.
Walaupun kadang-kadang kita punya ego yang tebal dan susah untuk tunjuk apa yang tersirat,tapi zahir-nya inilah kita,sentiasa mahu-kan seseorang yang ingin disayangi dan menyayangi kita.

Kekadang kita sampai tidak peduli-kan sesiapa pun,hanya dia seorang sahaja sudah memadai,semua-nya jadi lengkap,cukup segala-galanya hanya kerana dia seorang.
Selesa dengan apa yang diberikan pada aku,walaupun dari benda yang sekecil habuk mahu pun sebesar sampah,semuanya bermakna dalam hidup aku,selalu berikan aku untuk tekad dalam buat apa saja demi aku atau dia.

Aku tahu,yang perjalanan aku dengan dia masih jauh lagi dan tiada siapa tahu apa yang jadi pada penghujung-nya.tapi bagi aku dan dia,
hari ini adalah hari ini dan esok adalah esok,tamat disitu,dan itulah jawapan-nya.
Tak mengapa kalau tiada yang suka dengan cara aku itu,tapi kalau difikir-kan balik,kita yang tentukan semua,kita yang pilih dan kita yang rasa,jadi kita yang menerima segala baik atau buruk-nya.

Jadi disini aku ingin nyatakan padanya,bahawa dia adalah teristimewa dalam sepanjang aku mengenali dia,dari mula hingga la saat ini.
Aku tetap sayang dia macam mana aku sayang dia dari awal lagi.

Bertarikh jumaat dan sabtu yang lepas aku cuba buat satu kejutan baginya,yang mungkin bukan semua orang ada berbuat begitu,cuba untuk menguji ketabahan hati-nya,sama ada dia betul-betul sayang pada aku.

Aku himpun-kan semua orang yang aku rapat dan orang yang dia sayang berada disisi-nya,mungkin tidak semua tapi mungkin dapat memenuhi separuh permintaan-nya,dan aku gembira disitu melihat senyum tawa riang yang dia lempar-kan pada aku,aku puas setiap detik riang dia,semua bergembira sama meraikan hari kewujudan dia.

Selamat hari lahir yang ke sembilan belas sayang,moga tuhan memberkati segala perjalanan kamu.

Rabu, 2009 September 09

caya sama lu uncle jaco!

Selasa, 2009 September 08

r'evol'ution

Jika benar cinta itu sesebuah nikmat yang agung dan berkesan mengubati hati setiap yang kosong,mengapa kita tidak terus bergantung pada-nya terus terusan?menikmati dan merasai nikmat-nya cinta tanpa ada batas atau ketakutan,tanpa perlu bersusah payah untuk mendapatkan-nya,dan tak perlu teragak-agak membuat keputusan...ya mungkin nanti dikira cinta tidak istimewa pula,tiada pengorbanan kata-nya,tiada usaha untuk sampai kesitu atau suatu tahap yang sepatut-nya.
Jadi apa yang sepatutnya?

Setiap orang punya cara yang berbeza untuk mendalami atau rasai nikmat-nya cinta itu dan tidak perlulah terburu-buru atau terinpirasi dari kisah cinta agung atau sketsa semasa mahupun karangan sebuah novel.
Bagi aku cinta yang kukuh dan sekata datangnya dari dalam diri,keikhlasan yang ikhlas tanpa perlu dipaksa atau dibuat-buat.
Ianya datang spontan dan kita akan terasa auranya jika kita betul-betul dekati dengannya.
Tak perlu dirancang,umpama kita sedang lapar atau haus dan ianya akan makan dengan sendirinya.
Tak pernah puas untuk menikmati makanan,semua rasa setiap ramuan mahu dirasa.
Begitu juga-lah cinta.

Terlalu banyak orang cuba memberi erti dan makna apa itu cinta.
Ada yang tidak suka selalu menyebut-nya suatu tanggungjawab: mungkin kerana terlalu memberi sepenuh perhatian dan bertumpu pada cinta sahaja.
Bagi mereka yang bermain dengan-nya suka menyebut-nya sebuah permainan: yelah umpama kita bermain permainan video,kerana main-main dan tidak bermain dengan betul lalu bosan.
Dan mereka yang tidak memilikinya,menyebut-nya sebuah impian: dan memasang angan-angan."alangkah baik-nya aku dapat dia,kahwin,dapat anak,ada kereta,rumah besar,duit banyak".Berfantasi.
Tidak pula bagi yang sedang bercinta,ianya dianggap takdir: Semua ini adalah ketentuan tuhan,tuhan memberikan aku seseorang dalam hidupku,aku bahgia sekarang,tamat.

Terlalu banyak,banyak makna yang dapat diterjemah-kan mengenai cinta,sampai aku sendiri pun kadang-kadang keliru dengan apa yang jadi.
Bagi aku,semua-nya punyai peringkat-peringkat yang harus diharungi,sejauh mana kita berfikir,sejauh mana kita hadapi,sejauh mana kita selesai-kan,semua terletak ditangan kita sendiri,kita yang memilih untuk jadi apa yang ingin dijadi.
Jadi kita percaya dengan pilihan kita,dan semua-nya adalah mudah dan tidak rumit,kalau kita hadapi,berfikir bersama-sama.
ketentuan adalah milik kita,milik kita semua dan bukan ikut tudingan orang lain.

tionu'love'r.

Selasa, 2009 Ogos 18

14 yang lepas.

bingkai,lilin kecil,gelap,samar-samar..
empat:dua puluh am.

SATU.

ya satu..